Aktiviti Cuti Sekolah: Kelas Matematik - Menyelesaikan Soalan

20 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 19 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas Matematik sempena dengan cuti sekolah. Seramai 4 orang kanak-kanak tempatan telah menyertai kelas ini, di dalam lingkungan usia 10-11 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang.
Peserta diberi kertas soalan yang mempunyai tiga bahagian, iaitu mengenalpasti waktu, tambah dan tolak. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk membantu para peserta muda kita mengisi cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah, sekaligus mengulang kaji subjek matematik dengan soalan-soalan asas yang mudah. Mereka juga digalakkan untuk berbincang dan ini memupuk semangat kerjasama dan perkongsian ilmu dalam kalangan pelajar sekolah.

Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu siber buli yang semakin kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana penggunaan teknologi dan media sosial boleh mengundang kepada siber buli yang sering terjadi dalam kalangan pengguna sosial media.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali